Friday 3 May 2013

TESTIMONI VIVIX

Penuaan Vs Menjadi Tua
Bila di sebut Penuaan Vs Menjadi Tua, pasti ada yang akan menyangkal.. malahan, mesti ada yang menjawab, kalau menjadi tua, mestilah ada timbul tanda penuaan.. Tapi, pernahkah anda terfikir, bahawa tanda penuaan ini akan muncul di sebabkan beberapa perkara atau kerana sesuatu penyakit.. Malahan, ada sesetengah orang baru berusia 20-an nampak lebih tua daripada mereka yang berusia 40-an. Saya percaya, anda tentu tidak ingin kelihatan tua dari ibu anda sendiri bukan? ;-)

Penuaan dan menjadi tua, adalah 2 benda yang berbeza. Menjadi tua dan berusia adalah satu proses yang akan berlaku dan tiada siapa yang dapat lari daripadanya.

Penuaan yang muncul sebelum usia, sering berlaku di sebabkan beberapa faktor, antaranya:
1. Amalan aktiviti yang tidak sihat
- Kesihatan kulit boleh dipengaruhi oleh aktiviti seharian yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman berkafein, alkohol, stress, tidak cukup tidur atau tidak cukup rehat. Akibatnya, kulit mudah menjadi kering. Kulit yang mudah kering adalah antara tanda penuaan akibat daripada sel kulit yang menjadi rosak, dan tidak mampu untuk mempertahankan air dalam lapisan kulitnya.
2. Pendedahan pada persekitaran
- Persekitaran yang sejuk, udara yang kotor dan tercemar serta terdedah dengan radiasi matahari juga turut mempengaruhi kesihatan kulit yang baik. Dengan penggunaan krim anti-uv adalah penting untuk melindungi kulit dari terdedah pada sinaran uv.
3. Usia
- Tanda penuaan mulai timbul pada usia awal 20-an. Namun begitu, pada usia ini, kulit masih mampu untuk menyeimbangkan serta melambatkan proses penuaan ini. Semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurang kemampuannya untuk memproduksi sel-sel kulit baru.
4. Genetik
- Terdapat sesetengah kes penuaan yang berlaku, adalah di sebabkan oleh genetik, di mana berlakunya penuaan dengan lebih cepat dan berlaku pada usia yang masih muda. Malahan, ada yang mengalami proses penuaan yang lambat, walaupun usia sudah semakin meningkat. Biasanya, mereka yang memiliki wajah seperti ini, digelar sebagai “baby face”.
5. Kesihatan tubuh badan
- Apabila seseorang itu tidak sihat, kulitnya akan kelihatan kusam dan tidak bercahaya. Jika kulit tidak di rawat pada masa yang tepat, kulit akan terus menjadi bermasalah dan terus rosak.
6. Pemilihan produk yang salah dan tidak sesuai
- Apabila pemilihan serta penggunaan produk yang salah dan tidak sesuai untuk kulit demi tujuan untuk merawat masalah jerawat atau jeragat, boleh menyebabkan kulit wajah semakin rosak dan kusam. Malahan, perawatan di spa juga tidak menjamin kesihatan kulit yang baik. Ada sesetengah orang tidak sesuai dengan produk yang digunakan di spa menyebabkan kulit yang di rawat semakin kusam dan rosak.
Pesanan saya pada anda, pastikan anda memilih produk yang sesuai untuk kulit serta kesihatan anda, tidak kira produk yang digunakan secara oral atau luaran. Pastikan produk yang anda pilih adalah selamat, berkesan dan mempunyai sijil sah daripada KKM.
——————————————————————————————–
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

ROHAYU : 013-9836746

No comments: